Islam sempena Hari Raya Ediul Adha tahun ini.Presiden YAM, Haji Hussin Ismail berkata selain melaksanakan ibadah korban, kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa di bawah naungan Persekutuan Antarabangsa Bagi Bantuan dan Pembangunan (International Federation For Relief & Development - IFRD) itu, akan menghulurkan khidmat bantuan ke wilayah yang bersengketa tersebut.
"Kita (YAM) dengan kerjasama HWF di India akan mengadakan misi bantuan kemanusian dan perubatan ke wilayah Assam, sebuah negeri di Timur Laut India yang bergelut dengan krisis antara kaum dan agama,
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabat Yayasan Amal Cawangan Terengganu, di Wakaf Beruas dekat sini, hari ini, Isnin 15 Oktober.
Menurutnya, persengketaan di wilayah Assam telah berlaku sejak berdekad-dekad dan yang terburuk sebelum ini, pernah berlaku pada tahun 1983.
Beliau berkata insiden pertama dilaporkan pada tahun ini telah berlaku pada 20 Julai lalu, menyebabkan 'wabak rusuhan' merebak ke Mumbai dan serangan berhampiran bandaraya Pune, metroplis ke 7 terbesar di India
"selepas mereka dipindahkan dari hampir 400 kampung dan 11 orang telah dilaporkan hilang,"jelasnya.
Oleh itu, beliau mengharapkan orang ramai yang prihatin dapat memberikan sumbangan kepada YAM, selain menjadi satu kewajipan kepada umat Islam di Malaysia membantu saudara seagama di wilayah Assam.
Beliau meletakkan sasaran sekurang-kuranganya menyembelih 100 ekor lembu dan kerbau di Assam bagi melaksanakan ibadah korban sempena Eidul Adha pada tahun ini.
Katanya, harga bagi satu bahagian korban lembu atau kerbau adalah sebanyak RM300 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Oktober 2012
Menyentuh tentang misi YAM ke seluruh dunia pada sesi 2012 tahun ini, Haji Hussin berkata YAM melanjutkan misi ke sebelas buah lokasi selain di Assam, termasuk Sri Lanka, Thailand, Cambodia, Filipina, Vietnam, Myammar, Selatan Sudan, Pedalaman Sarawak dan Sabah, serta negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
No comments:
Post a Comment